Selasa, November 8

KEM 1 MURID 1 SUKAN PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT W.P. LABUAN

TARIKH : 08 - 10 NOVEMBER 2011

TEMPAT : PUSAT KOKURIKULUM GANGGARAK, W. P. LABUAN

PENGLIBATAN : 40 ORANG MURID SEKOLAH RENDAH
20 ORANG MURID SEKOLAH MENENGAH

Ahad, Oktober 23

Kejohanan Balapan & Padang Pendidikan Khas Kebangsaan 2011

Tarikh : 17 - 21 Oktober 2011

Tempat : W.P. Kuala Lumpur

W.P Labuan telah menghantar seramai 20 orang peserta terdiri drpd 16 org murid lelaki & 4 orang murid perempuan. Manakala, guru pengiring terdiri drpd 6 org dan turut disertai oleh Ketua Unit Pendidikan Khas Labuan iaitu En. Mohd Sufri Salim dan juga pegawai Jbtn Pljrn W.P Labuan En. Ramlli. Pada tahun ini, nasib tidak menyebelahi kontinjen Labuan apabila tidak berjaya membawa sebarang pingat. Walau bagaimana pun, usaha & semangat para murid yang bertanding amatlah dihargai. Syabas. Kita cuba lagi pada tahun hadapan yg akan berlangsung di Perlis.





Jumaat, Jun 24

Sehari Bersama KPM


Tarikh : 23 Jun 2011
Masa : 08.00 pg - 04.00 ptg
Tempat : Dewan Konvensyen, Ujana Kewangan.



Pelbagai isu yang telah dikupas oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sepanjang majlis berlangsung. Pelbagai persoalan juga telah diutarakan oleh para pendidik di Labuan. Sebuah majlis yg sangat berguna untuk semua yg terlibat dalam sektor pendidikan.

Khamis, Mei 26

Juara lagi..


Tahniah kepada kumpulan nasyid Pendidikan Khas SK Pekan Satu yang menjuarai kategori junior pada Majlis Tilawah Al Quran sempena Karnival Pendidikan Khas peringkat W.P Labuan 2011 yang berlangsung pada Rabu (25 Mei ). Keputusan acara lain masih dirahsiakan sehingga upacara penutupan karnival. Dijangka PPKI SK Pekan Satu tiada masalah dinobatkan Juara Keseluruhan bagi Karnival pada tahun ini.


\

Selasa, Mei 24

MTAQ penentuan juara keseluruhan

Setelah merangkul 6 emas ( 4 emas melalui acara Boling, 1 emas Futsal dan 1 emas Bola Jaring), Pertandingan Majlis Tilawah Al Quran(MTAQ) pendidikan khas peringkat W.P Labuan yang akan berlangsung pada Rabu ( 25 Mei 2011 )di SMK Lajau akan menentukan juara keseluruhan karnival Pendidikan Khas W.P Labuan 2011. Saingan terdekat iaitu PPKI SK Pantai setakat ini hanya mengutip 1 emas dan misi mereka amat sukar untuk membolot baki emas yang dipertandingkan kerana saingan paling sengit pasti berlaku dengan ancaman PPKI SK Rancha-Rancha yang akan berjuang habis-habisan mendapatkan emas pertama mereka.

3 Guru PPKI julang nama SK Pekan Satu

Syabas dan tahniah kepada cikgu Heidar, cikgu Nooraida dan cikgu Hartuti kerana berjaya menjadi Naib Johan Pertandingan Pengkisahan Kenegaraan Malaysia yang berlangsung pada Sabtu (21 May 2011).




Jumaat, Mei 20

terus juara

PPKI SK Pekan Satu menjuarai Futsal dan Bola Jaring peringkat W.P Labuan yang berlangsung pada 18 dan 19 Mei 2011