U/P
Penolong Kanan Pendidikan Khas / Penyelaras
Guru Pendidikan Khas
Melalui :
Pengetua SMK Mutiara,
Wilayah Persekutuan Labuan
Guru Besar
S.K Pekan Satu
S.K Pantai
S.K Rancha-Rancha
Wilayah Persekutuan Labuan
Tuan/Puan,
JEMPUTAN MESYUARAT PENGURUSAN PERSIAPAN MAJLIS TILAWAH AL-QURAN KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS 2009 BIL 1 / 2009
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
02. Sukacita dimaklumkan bahawa Tuan/Puan dijemput menghadiri mesyuarat seperti di atas pada ketetapan yang berikut :
Tarikh : 13 April 2009 ( Isnin)
Masa : 2.15 Petang
Tempat : Bilik Penataran S.K Pekan Satu, W.P Labuan
03. Agenda Mesyuarat :
3.1 Ucapan Pengerusi
3.2 Pembentangan Kertas Kerja
3.3 Pelantikan Ahli Jawatankuasa Kerja
3.4 Hal-hal lain
04. Kehadiran guru-guru yang beragama Islam adalah wajib. Guru-guru bukan Islam digalakkan hadir bagi berkongsi buah fikiran. Sekiranya Tuan/Puan menghadapi kesulitan menghadiri mesyuarat ini, sila maklumkan kepada Penyelaras Majlis Tilawah Al-Quran 2009 W.P Labuan iaitu En Mohd Hisyammieddy Bin Esa di no.hp 0138592172.
05. Kerjasama Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah diharapkan dan didahului ucapan terima kasih.
Sekian dan terima kasih
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
CETAKAN BERKOMPUTER
TANDATANGAN TIDAK DIPERLUKAN
JEMPUTAN MESYUARAT PENGURUSAN PERSIAPAN MAJLIS TILAWAH AL-QURAN KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS 2009 BIL 1 / 2009
Dicatat oleh
PENDIDIKAN KHAS S.K PEKAN 1
on Ahad, April 12
0 ulasan:
Catat Ulasan