KOMPLEKS SUKAN LAUT ANTARABANGSA LABUAN : 14 Apr, Majlis Makan Malam sempena menghargai jasa mantan guru-guru yang pernah bertugas di S.K Pekan Satu telah diadakan di sebuah restoran terkemuka di sini. Majlis tersebut merupakan anjuran guru-guru PPKI S.K Pekan Satu W.P Labuan. Antara guru yang diraikan ialah mantan guru besar En Sulaiman Madin, mantan penolong kanan pentadbiran Tuan Hj Yunus Yussof, mantan guru-guru PPKI S.K Pekan Satu En Shawal Hj Abdul Rahman, En Rizdaudin Abd Wahap, Pn Rusnah Tahir, Cik Norliza Jali dan En Carlos Teo. Antara kenamaan yang hadir pada majlis tersebut ialah Guru Besar S.K Pekan Satu Puan Zabidah Karamin, Penolong Kanan Tentadbiran Pn Wahibah Matni, Penolong Kanan Pendidikan Khas Pn Halifah Salim serta guru-guru PPKI S.K Pekan Satu bersama ahli kelurga. Dalam ucapan Pn Halifah Salim, beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kerjasama, komitmen dan pengorbanan yang dilakukan oleh ke semua mantan guru tersebut terhadap kemajuan sekolah. Majlis tersebut diwarnai dengan nyanyian koir daripada guru-guru PPKI S.K Pekan Satu bertajuk "lilin", "kenangan terindah" dan ""cerita tentang kita". Selain itu, majlis juga dimeriahkan lagi dengan acara nyanyian karaoke, sambutan harijadi dan cabutan bertuah. Majlis yang bermula pada jam 8malam itu berakhir pada jam 10.30 malam.


0 ulasan:
Catat Ulasan