Laman Blog PPKI S.K Pekan Satu akan melaporkan perkembangan dari semasa ke semasa pergerakan dan keputusan terkini acara yang disertai kontijen W.P Labuan sepanjang berlangsungnya Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Kebangsaan Kali Ke 9 di Stadium Sultan Ibrahim, Muar pada 26 hingga 28 Mei ini.
Kontijen W.P Labuan dijangka menaiki pesawat MAS MH2633 ke KLIA pada jam 8.00 pagi 25 Mei 2009 ( Isnin ). Semoga kejayaan terbilang berjaya dicipta oleh kontijen W.P Labuan pada temasya kali ini.
Kepada murid PPKI S.K Pekan Satu yang mewakili W.P Labuan diharap dapat mempamerkan semangat juang yang jitu ke arah melakar dan mencipta rekod peribadi yang terbaik. Selamat maju jaya!
0 ulasan:
Catat Ulasan