DEWAN S.K PEKAN SATU W. P LABUAN 15 MEI - Pemilihan Peserta Majlis Tilawah Al Quran Pendidikan Khas Sekolah Rendah Peringkat Negeri W.P Labuan telah dilangsungkan dengan jayanya. Majlis bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 11 pagi merupakan acara julung-julung kali diadakan di W.P Labuan. Majlis tersebut adalah anjuran Warga PPKI S.K Pekan Satu dan kerjasama Unit Pendidikan Khas, Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pelajaran W.P Labuan.
Hadir menyaksikan majlis tersebut ialah En Sufri Bin Salim Ketua Unit Pendidikan Khas dan Pemulihan Khas Jabatan Pelajaran W.P Labuan, Puan Zabidah Binti Karamin Guru Besar S.K Pekan Satu dan Puan Wahibah Binti Matni Guru Penolong Kanan Pentadbiran S.K Pekan Satu.
Sebanyak dua buah sekolah iaitu PPKI S.K Pekan Satu dan PPKI S.K Pantai menghantar wakil bagi setiap acara yang dipertandingkan. PPKI SMK Mutiara pula memeriahkan majlis dengan persembahan nasyid yang menarik.
Sebanyak sembilan (9) kategori acara telah dilakukan pemilihan di mana PPKI S.K Pekan Satu berjaya merangkul kejayaan paling cemerlang dengan menang lapan (8) daripada sembilan (9) kategori tersebut. Berikut disampaikan pemenang setiap kategori :-
1. Bercerita dari kisah Al Quran( Lelak i) dimenangi oleh adik Mohd Tarmizee PPKI S.K Pekan Satu
2. Bercerita dari kisah Al Quran(Perempuan) dimenangi oleh adik Nurfidah Nordin PPKI S.K Pekan Satu
3. Tilawah Al Quran ( Lelaki ) dimenangi oleh adik Masrul Bin Ruslan PPKI S.K Pekan Satu
4. Tilawah Al Quran ( Perempuan ) dimenangi oleh adik Ainah Bte Madong PPKI S.K Pekan Satu
5. Khat ( Lelaki ) dimenangi oleh adik Al Shahadie PPKI S.K Pantai
6. Khat ( Perempuan ) dimenangi oleh adik Maria Junidi PPKI S.K Pekan Satu
7. Hafazan ( Lelaki ) dimenangi oleh adik Ahmad Jabrullah Abu Sileh PPKI S.K Pekan Satu
8. Hafazan ( Perempuan ) dimenangi oleh adik Saniah Ag Damit PPKI S.K Pekan Satu
9. Azan Subuh dimenangi oleh adik Shaneen Bin Janadil PPKI S.K Pekan Satu

Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Kepada peserta kurang berjaya teruskan berlatih dan mencuba pada tahun akan datang. Pemenang di atas berpeluang mewakili W.P Labuan pada Majlis Tilawah Al Quran Pendidikan Khas Kebangsaan yang akan dilangsungkan di Universiti Utara Malaysia Sintok, Kedah yang dijadualkan pada 22 hingga 25 Jun 2009.
0 ulasan:
Catat Ulasan