S.K Pekan Satu, 26 Jun - Koperasi SMK Labuan telah mengadakan lawatan sambil belajar ke PPKI S.K Pekan Satu. Hadir dalam rombongan tersebut iaiah Pengetua SMK Labuan, guru pengiring dan pelajar SMK Labuan. Ketibaan mereka disambut oleh Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas SK Pekan Satu iaitu Puan Halifah Binti Salim. Aktiviti lawatan tersebut dimulakan dengan taklimat ringkas latar belakang PPKI SK Pekan Satu di Bilik Penataran. Seterusnya rombongan tersebut dibawa melawat ke Kelas Khas Spesifik Disleksia, Kelas Khas Pembelajaran dan Kelas Khas Pendengaran. Kemuncak aktiviti ialah penyampaian 3 bungkus hamper daripada Koperasi SMK Labuan kepada PPKI SK Pekan Satu dan penyampaian cenderahati daripada PPKI SK Pekan Satu kepada Koperasi SMK Labuan serta jamuan ringan.
0 ulasan:
Catat Ulasan