RSS

HAMPIR KE FINAL

Tapak Perhimpunan SK Pekan Satu : 30 Julai - Pertandingan futsal telah dilangsungkan pada waktu pagi sempena bulan kecergasan sekolah. Pasukan futsal Pendidikan Khas SK Pekan Satu hanya mampu melangkah ke separuh akhir apabila berjaya mengalahkan 5 Zarya 2 - 1. Walau bagaimanapun mereka dihampakan oleh pasukan 5 Luna dengan tumpas 2 - 3. Kelas 5 Luna sebelum itu berjaya mengalahkan 5 Soyuz dengan 2 gol tanpa balas. Seharusnya Pendidikan Khas mampu pergi lebih jauh seandainya penjaga gol pasukan ini bermain pada tahap prestasi terbaik. Disebabkan kelekaan dan fokus tidak menjadi menyebabkan bolos 3 gol. Dalam perlawanan menentang 5 Luna, pasukan Pendidikan Khas berjaya mendahului sebanyak dua kali tetapi berjaya disamakan dan akhirnya gol pemusnah hadir 2 minit sebelum perlawanan tamat. Kesemua gol Pendidikan Khas dijaringkan oleh adik Mohd Ali. Apapun tahniah atas prestasi memberangsangkan pada kali pertama mengikuti pertandingan ini. Sememangnya pasukan ini perlukan lebih banyak perlawanan kompetetif bagi memantapkan persembahan setiap pemain.

Penyerang Pendidikan Khas berjaya menekan pertahanan 5 Luna

Pasukan 5 Luna gagah bertahan

Mohd Ali melakukan percubaan ke atas penjaga gol 5 Luna


Pendidikan Khas terus melakukan serangan bertubi-tubi seperti peluru

Berjaya mengalahkan 5 Zarya pada peringkat suku akhir
Pemain 5 Zarya sebelum berentap dengan pendidikan khas
Pendidikan Khas mengawal bola
Jadual perlawanan
Pemain Pendidikan Khas memanaskan badan dengan penuh semangat

0 ulasan: