RSS

IHYA RAMADHAN BERMULA

PPKI SK PEKAN SATU, 21 Ogos - Ihya Ramadhan bermula pada Jumaat dengan tazkirah tentang kewajipan berpuasa. Unit Pendidikan Islam PPKI juga mengedarkan senarai semak berpuasa kepada setiap murid beragama Islam sepanjang cuti pertengahan penggal ini dengan pemantauan ibubapa. Murid yang berjaya melaksanakan ibadah puasa dengan sempurna akan mendapat tanda ( / ) pada hari tersebut. Jika murid kedapatan makan, ibubapa akan mengisikan tanda ( x ). Murid yang berjaya berpuasa banyak hari akan dianugerahkan ganjaran pada Majlis Penutupan Ihya Ramadhan dan tentunya angpau ( duit raya ) menjelang 1Syawal nanti.

0 ulasan: