RSS

Lawatan Guru PPKI SK Pantai

PPKI SK Pekan Satu, 10 Sept - Rombongan lawatan Guru -guru PPKI SK Pantai seramai 10 orang yang diketuai oleh Penyelaras En Shawal Bin Hj Abd Rahman telah berlangsung bermula jam 10 pagi pada Khamis. Lawatan bertujuan mengeratkan lagi silaturrahim dengan PPKI SK Pekan Satu dan memberikan pendedahan kepada guru-guru baharu PPKI SK Pantai tentang dunia Pendidikan Khas serta berkongsi pengetahuan dalam proses penyampaian pengajaran dan pembelajaran bagi murid berkeperluan istemewa ini. Selain itu, lawatan tersebut juga telah memberikan peluang kenal-mengenali antara guru-guru PPKI SK Pantai dengan warga PPKI SK Pekan Satu.



0 ulasan: