RSS

Penutupan Program Ihya Ramadan

PPKI SK Pekan Satu, 15 Sept - Majlis Penutupan Program Ihya Ramadan PPKI SK Pekan Satu telah berlangsung pada Selasa bermula jam 7.00 Pagi. Majlis dimulakan dengan acara Khatam Al-Quran dan bacaan doa khatam yang diimamkan oleh Cikgu Mohd Hisyammieddy. Majlis diteruskan dengan acara penutupan yang disempurnakan oleh Puan Guru Besar sekolah. Kemuncak acara ialah penyampaian hadiah pertandingan sepanjang bulan Ihya Ramadan 1430 Hijrahyang berbentuk piala dan hamper, penyampaian sijil penyertaan dan pemberian duit raya kepada murid-murid PPKI Pembelajaran, Pendengaran, Disleksia dan Pemulihan Khas. Turut hadir memeriahkan suasana ialah guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid iaitu Puan Faridah Binti Datuk Zaini.

0 ulasan: