RSS

KEM PENEGUHAN KENDIRI

Rujukan : SKPS(WPL)/HEM(PK)01/04/001
Tarikh : 02 Oktober 2009

Yang Dihormati
Ibu bapa Murid,
Program Pendidikan Khas Integrasi,
S.K Pekan Satu.
W.P Labuan.

Tuan/Puan

KEM PENEGUHAN KENDIRI

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

02. Sukacita dimaklumkan bahawa aktiviti tersebut di atas yang akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 8 Oktober 2009 ( Khamis )
Masa : 7.00 Pagi hingga 2.00 Petang
Tempat : Program Pendidikan Khas Integrasi S.K.Pekan
Satu,W.P Labuan dan sekitar Bandar Labuan ( Stesen Bas, Pasar,
Perpustakaan, Pejabat Pos, Muzium, D’One Mart / Milimewah )

03. Sehubungan itu, pihak sekolah memohon kerjasama daripada pihak ibu bapa/penjaga agar anak tuan/puan dapat melengkapkan borang kebenaran bagi tujuan tersebut dan menghantar semula kepada pihak sekolah pada 06 Oktober 2009. Sila rujuk tentatif kem seperti lampiran untuk maklumat aktiviti yang dijalankan. Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan Penyelaras Aktiviti iaitu En Mohd Hisyammieddy Bin Esa di talian 019-8831936.

Sekian,terima kasih.


BERKHIDMAT UNTUK NEGARA


Saya yang menurut perintah,


( Zabidah Binti Karamin )
Guru Besar
S,K Pekan Satu W.P Labuan

sk fail

TENTATIF KEM

TARIKH : 8 Oktober 2009 ( Khamis )

06.45 Pagi – Ketibaan murid dan ibubapa
07.00 Pagi – Pendaftaran peserta
07.30 Pagi – Taklimat ibubapa
08.00 Pagi – Pembinaan Kumpulan
09.00 Pagi – Minum Pagi
09.30 Pagi – Jalan-jalan cari pengalaman ( Ke Perhentian Stesen Bas, Pasar,
Perpustakaan, Pejabat Pos, Muzium, Bank Simpanan Nasional dan D’One Mart/Millimewah )
12.30 Tghri – Mandi dan urus diri
01.00 Ptg – Solat Zuhur Berjemaah di Surau S.K Pekan Satu
01.30 Ptg – Sesi Fotografi Kenangan
01.40 Ptg – Makan Tengahari
02.00 Ptg – Kem Bersurai


0 ulasan: