RSS

MAJLIS ANUGERAH MOTIVASI PENDIDIKAN KHAS

Nadi PPKI SK Pekan Satu
Tuan Pengarah Bersalaman dengan murid

Tuan Pengarah dengan gaya yang menarik


Adik Maria mendapat Anugerah Bakat Seni

Adik Aziz mendapat Anugerah Bakat Seni dan Kreativiti
Adik Norasidah mendapat Anugerah Sahsiah

Adik Jabrullah mendapat Anugerah Sahsiah

Persembahan Paling Bertenaga !!

Adik Juliza mendapat Anugerah Harapan Ko Kurikulum

Adik Juliza mendapat Anugerah Harapan Akademik
Adik Annabel mendapat Anugerah Harapan Akademik
Adik Alister mendapat Anugerah Harapan Akademik
Batu Manikar, 12 Nov - Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Motivasi Pendidikan Khas Integrasi ( MAKMMPPKI ) Peringkat Negeri W.P Labuan telah berlangsung pada 12 November 2009 di Dewan Lubok Temiang, Manikar Beach Resort bermula jam 1.00 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang. Majlis yang penuh gilang-gemilang ini dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Pengarah Jabatan Pelajaran W.P Labuan En Mohammad Zaki Bin Mohd Yusof. Antara kenamaan yang lain hadir memeriahkan Majlis ialah Ketua- Ketua Sektor Jabatan Pelajaran W.P Labuan, Ketua Unit Pendidikan Khas dan Pemulihan Khas Jabatan Pelajaran W.P Labuan, Pengetua SMK Mutiara, wakil Pengetua SMK Lajau, Guru Besar SK Pekan Satu, Guru Besar SK Pantai dan wakil guru besar SK Rancha-Rancha, Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas SK Pekan Satu, para penyelaras setiap sekolah, guru-guru, wakil badan bukan kerajaan dan ibubapa murid. Jawatankuasa MAKMMPPKI pada tahun ini menggabungkan kerjasama antara Unit Pendidikan Khas dan Pemulihan Khas Jabatan Pelajaran W.P Labuan dengan kesemua sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi di Labuan ini iaitu PPKI SK Pekan Satu, PPKI SK Pantai, PPKI SK Rancha-Rancha, PPKI SMK Mutiara, PPKI SMK Lajau, dan prasekolah Pendidikan Khas SK Bukit Kalam. SMK Lajau telah dilantik sebagai pengelola utama MAKMMPPKI 2009 ini. Jawatankuasa MAKMMPPKI 2009 diagihkan mengikut sekolah iaitu PPKI SMK Lajau sebagai Pengerusi ll, Setiausaha, Timbalan setiausaha, AJK Sambutan dan Protokol, AJK Jemputan, AJK Hadiah dan sijil dan AJK Bacaan Doa. Tugas bagi PPKI SMK Mutiara ialah AJK Jamuan, AJK Backdrop dan Pentas, AJK Publisiti dan AJK Pemilih penerima Anugerah. Tugas bagi PPKI SK Pekan Satu ialah AJK Multimedia dan Dokementasi, AJK Penanda Perasmi, AJK Buku Aturcara, AJK Teks Ucapan dan AJK Buka Pentas. PPKI SK Pantai bertugas sebagai AJK P/A Sistem dan Teknikal, AJK Persiapan Tempat, AJK Persembahan dan AJK Penyelia Penerima Anugerah. PPKI SK Rancha-Rancha bertugas sebagai AJK Pendaftaran dan AJK Juruacara Majlis manakala Prasekolah Pendidikan Khas SK Bukit Kalam bertugas sebagai AJK Protokol.

MAKMMPPKI 2009 mempertandingkan 25 anugerah iaitu Anugerah Harapan Akademik Sekolah Rendah (PKBP) lelaki, Anugerah Harapan Akademik Sekolah Rendah (PKBP) perempuan, Anugerah Harapan Akademik Sekolah Menengah (PKBP) lelaki, Anugerah Harapan Akademik Sekolah Menengah (PKBP) perempuan, Anugerah Harapan Akademik Sekolah Rendah (PKTD) , Anugerah Harapan Akademik Sekolah Menengah (PKTD) , Anugerah Harapan Akademik Sekolah Menengah (PKBL) , Anugerah Harapan Akademik Sekolah Rendah (PKSD), Anugerah Harapan Akademik Pra Sekolah ( PKBP ), Anugerah Harapan Kokurikulum Sekolah Rendah lelaki, Anugerah Harapan Kokurikulum Sekolah Rendah perempuan, Anugerah Harapan Kokurikulum Sekolah Menengah lelaki, Anugerah Harapan Kokurikulum Sekolah Menengah perempuan, Anugerah Kepimpinan Sekolah Rendah lelaki, Anugerah Kepimpinan Sekolah Rendah perempuan, Anugerah Kepimpinan Sekolah Menengah lelaki, Anugerah Kepimpinan Sekolah Menengah perempuan, Anugerah Sahsiah Sekolah Rendah lelaki, Anugerah Sahsiah Sekolah Rendah perempuan, Anugerah Sahsiah Sekolah Menengah lelaki, Anugerah Sahsiah Sekolah Menengah perempuan, Anugerah Bakat Seni dan Kreativiti Sekolah Rendah lelaki, Anugerah Bakat Seni dan Kreativiti Sekolah Rendah perempuan, Anugerah Bakat Seni dan Kreativiti Sekolah Menengah lelaki dan Anugerah Bakat Seni dan Kreativiti Sekolah Menengah perempuan.

0 ulasan: