TARIKH : 25 JAN 2010 ( ISNIN )
MASA : 2.00 PETANG
TEMPAT : BILIK PENATARAN
LAPORAN :
1. Majlis suai kenal dan ramah mesra serta taklimat ringkas tentang latar belakang Pendidikan Khas dan Pemulihan Khas di SK Pekan Satu oleh Puan Halifah Salim ( Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas )
2. Isu murid Pendidikan Khas ( Masalah Pembelajaran ), dilontarkan untuk makluman dan tindakan pihak yang lebih tinggi dengan persoalan adakah adil bagi murid ini untuk menduduki UPSR yang mana soalannya amat sukar bagi mereka.
3. Guru Besar mengingatkan para guru supaya mengajar murid mengikut sukatan bagi mengelakkan tindakan undang-undang.
4. Guru perlu lebih komitmen dan serius mendidik murid dengan latih tubi dan pemerhatian 100% ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Tegur kesalahan murid semerta.
5. Guru Pendidikan Khas sangat istemewa jika berjaya melahirkan murid yang sekurang-kurangnya dapat membaca.
6. Jumlah terkini murid :
Program Khas Pembelajaran = 53 orang
Program Khas Pendengaran = 3 orang
Program Khas Spesifik Disleksia = 9 orang
Program Khas Penglihatan = 1 orang
Pemulihan Khas = 16 orang
7. PPKI SK Pekan Satu kini kelebihan 3 orang guru. Walaubagaimanapun, PPKI akan membuka lebih banyak kelas dengan jangkaan pertambahan murid dalam masa terdekat. Sehingga 25 Jan 2010, seramai 6 orang murid sedang menjadi calon menunggu dan jangkaan murid yang akan ditempatkan di sini juga akan bertambah dalam sedikit waktu lagi khususnya calon dari SK Pekan Dua, SK Patau-Patau dan SK St Anne.
8. Semua guru PPKI diwajibkan menyediakan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) sebelum sesi perjumpaan dengan ibubapa pada 6 Feb 2010.
MESYUARAT PPKI , PEMULIHAN KHAS BERSAMA GB
Dicatat oleh
PENDIDIKAN KHAS S.K PEKAN 1
on Selasa, Januari 26
0 ulasan:
Catat Ulasan