RSS

SESI PERSEKOLAHAN BARU 2010 BERMULA

SK Pekan Satu, 4 Jan - Sesi persekolahan baru tahun 2010 bermula dengan pelbagai gelagat terutamanya bagi murid tahun 1, ada yang menangis, membisu seribu bahasa dan tidak kurang yang ligat bermain dengan rakan-rakan yang baru. Pada acara perhimpunan yang bermula jam 7.00 pagi, guru yang bertugas memperkenalkan guru besar baharu sekolah iaitu Puan Raiki.
Pada permulaan tahun ini, murid pendidikan khas menunjukkan semangat yang tinggi ketika menyanyikan lagu patriotik, menjawab salam dan menjawab soalan yang diajukan guru yang memberikan soalan semasa ucapan alu aluan.

0 ulasan: