Tapak Perhimpunan, 25 Feb - Acara Raptai Perbarisan dan lintas hormat sempena Sukan Tahunan Sekolah kali ke 56 telah berlangsung dengan jayanya pada Khamis pagi. Majlis yang penuh dengan protokol tersebut telah disaksikan oleh barisan pentadbir dan warga SK Pekan Satu. Pengelola acara melaksanakan raptai sebanyak dua kali iaitu sesi pertama bermula jam 8.00 pagi dan sesi kedua bermula jam 10.30 pagi. Sebelum acara dimulakan Guru Besar sekolah terlebih dahulu memberikan taklimat ringkas kepada murid yang akan mengikuti pertandingan di Matrikulasi Ahad ini. Pastinya aspek keselamatan paling diutamakan di mana ibubapa seboleh-bolehnya dapat hadir memberikan sokongan kepada anak jagaan masing-masing dan ini secara tidak langsung mereka dapat membantu guru-guru memantau pergerakan anak mereka sepanjang kejohanan berlangsung. Guru Besar juga menasihatkan para atlit makan selewat-lewatnya 2 jam sebelum acara bermula supaya perut tidak sakit ketika berlari. Raptai perbarisan tamat pada jam 11.30 tengahari.
Cikgu Irham bertungkus lumus memastikan raptai berjalan lancar
Segak berdiri murid PPKI baju putih turut mengambil bahagian
Lintas hormat Unit Beruniform dimulakan TKRS
Tunas Pandu Puteri
Tunas Puteri Islam
Kontinjen Rumah Merah dan Rumah Biru
Pembawa bendera utama yang bersemangat
TKRS dengan bunga manggarnya
Murid pendidikan khas memberikan lintas hormat
Mengatur langkah dan gerakan kawad yang sempurna dari murid pendidikan khas dengan tunjuk ajar guru
Perbarisan Rumah Hijau memberkan tabik hormat. Mereka ialah juara bertahan :)







0 ulasan:
Catat Ulasan