SK Pekan Satu, 23 Feb- Sukan Tahunan Sekolah kali ke 56 telah berlangsung bermula 7.30 pagi dengan rasminya. Pada hari ini, acara lompat jauh dan lompat tinggi dipertandingkan. Walaubagaimanapun, acara lompat tinggi perempuan tahun 6 terpaksa ditangguhkan ke hari esok berikutan hujan renyai-renyai yang mula turun pada pukul 10.00 pagi. Paling mencuri perhatian pada hari ini ialah gelagat penyokong setiap rumah yang begitu riang dan semangat serta nasib malang yang menimpa altet rumah kuning dalam acara lompat tinggi. Beliau ialah Aupang dari 4 Soyuz yang dibatalkan lompatannya ketika saingan sampai ke kemuncak merebut pingat emas. Aupang yang juga seorang murid Pendidikan Khas Spesifik Disleksia berjaya melakukan lompatan kali ketiga tanpa terjatuh palang, walaubagaimanapun tindakan beliau yang sangat teruja dan berjalan melalui bawah palang untuk ke tempat memulakan lompatan menyebabkan lompatan beliau dibatalkan. Nasib malang beliau berterusan bagi acara lompat jauh kerana tidak dibenarkan mengambil acara tersebut kerana beliau sedikit terlewat mendaftar kerana sedang mengikuti acara lompat tinggi. Esok, acara lontar peluru akan dilangsungkan.
lompatan yang cemerlang
Kelihatan petugas media sekolah sedang mengambil gambar
acara lompat jauh perempuan pendidikan khas dimenangi Adik Farahzila dari rumah kuning ada yang sangat kecewa walaupun mendapat tempat ketiga lompat tinggi



0 ulasan:
Catat Ulasan