Pelanggan beratur menunggu giliran menempah pesanan
Menerima wang dan mengembalikan baki
Murid pendidikan khas(baju biru) melayan karenah pelanggan. Situasi ini sesuai sebagai pengalaman bermakna untuk meningkatkan kemahiran interpersonal murid.
Projek Mini Keusahawanan ini bermatlamatkan serampang dua mata iaitu sebagai landasan murid memperkembangkan bakat dalam ilmu keusahawanan dan mengumpul dana PPKI sekolah untuk melaksanakan pelbagai aktiviti berfaedah kepada semua murid pendidikan khas sekolah ini. Dalam projek ini, murid dilatih dan didedahkan etika pengurusan pelanggan secara berhemah dan tatacara efektif melaksanakan urus niaga seperti kemahiran menerima pesanan, menerima wang, mengembalikan baki dan menyerahkan produk kepada pelanggan. Sebagai permulaan, produk jualan ialah minuman tin seperti kacang soya, 100plus, cincau, air tebu dan air bunga. Hasil jualan 3 bulan pertama tahun 2010 sangat memberangsangkan dan telah berjasa membantu pentadbir PPKI menggunakan dana tersebut untuk kegunaan murid seperti membeli makanan dan minuman serta perhiasan baju perbarisan semasa sukan tahunan sekolah berlangsung yang telah berlangsung pada bulan Februari lalu.
0 ulasan:
Catat Ulasan