SK Pekan Satu, 16 April – PPKI SK Pekan Satu khususnya telah menerima kunjungan warga PPKI SK Pekan Beaufort pada Jumaat pagi. Rombongan lawatan ini disertai Cikgu Anas Hj Yusof Guru Besar SK Pekan Beaufort (beliau merupakan mantan Guru Besar SK Pekan Satu W.P Labuan), Cikgu Hjh Dayang Rohaida Ag Damit Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas SK Pekan Beaufort, Cikgu Rodhy Edward selaku Ketua Rombongan serta 13 orang murid dan 37 staf keseluruhannya.Ketibaan murid dan guru sebelum itu disambut dengan paluan kompang daripada murid-murid SK Pekan Satu.Aktiviti diteruskan dengan sesi taklimat, lawatan ke PPKI SK Pekan Satu, jamuan makan, penyampaian cendera kenangan, persembahan sajak,nyanyian dan boria daripada murid SK Pekan Satu. Rombongan ini beredar untuk meneruskan lawatan ke PPKI SK Pantai kira-kira jam 10 pagi.

Gambar kenangan warga PPKI SK Pekan Beaufort sebelum meneruskan lawatan ke PPKI SK Pantai

mari gambar ramai-ramai

ikatan persahabatan terus terjalin

Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas SK Pekan Beaufort menyampaikan cendera kenangan kepada Guru Besar SK Pekan Satu

Cenderamata kenangan daripada PPKI SK Pekan Satu kepada Guru Besar SK Pekan Beaufort

Persembahan boria murid-murid SK Pekan Satu yang bertenaga

jamuan makan

Guru Besar SK Pekan Beaufort menyampaikan cendera mata terima kasih kepada Guru Besar SK Pekan Satu

Persembahan sajak dan koir murid-murid PPKI SK Pekan Satu yang mantap!

Guru Besar SK Pekan Satu menyambut ketibaan rombongan PPKI SK Pekan Beaufort

Cikgu Anas ( Guru Besar SK Pekan Beaufort ) memberikan ucapan sepatah dua kata

" kami naik feri kelmarin cikgu..siuk.." kata murid PPKI SK Pekan Beaufort kepada Puan Raiki Guru Besar SK Pekan Satu

Majlis ramah mesra di dewan CUN

Selamat datang

" Salam Sejahtera Cikgu, sila tandatangan di sini, terima kasih"Kata Aziz ( baju biru bersongkok )

Puan Hafizah mewakili Puan Halifah Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas SK Pekan Satu menyambut kedatangan guru dan murid PPKI SK Pekan Beaufort

dapat hadiah..yes!

untukmu kawan..

berbaris di dataran perhimpunan Pendidikan Khas macam murid-murid PPKI SK Pekan Satu pula sebelum masuk kelas..peace...

ni bilik urus diri

ni pulak stesen sains dan matematik..sedang tengok pasu bunga di pintu ya..mesti kagum ni dalam hati cheewaah

berbincang sesuatu..

Program Khas Penglihatan PPKI SK Pekan Satu yang baharu dibuka tiga hari lalu turut dilawati

mari minum cendol dulu di bilik rehat PPKI
0 ulasan:
Catat Ulasan