RSS

KEPUTUSAN TERKINI BADMINTON ALL ENGLAND PIBG SKPS

Dewan CUN, 21 May - Dua bergu PPKI SK Pekan Satu tidak dapat membendung kemaraan bergu handalan sekolah dan pilihan utama kejohanan apabila tumpas pada peringkat suku akhir dalam kategori perempuan Badminton Kejohanan All England PIBG SK Pekan Satu. Gandingan Cikgu Rayaniti - Cikgu Hartuti tewas kepada pasangan Cikgu Acil - Cikgu Aldianah 7-21,7-21 dalam masa 32 minit. Manakala pasangan Pn Farah - Pn Maimon tunduk kepada bergu pilihan kedua kejohanan iaitu Cikgu Cresenta - Cikgu Zuraini 13-21, 16-21. Namun begitu, penonton tidak dapat menyaksikan satu lagi bergu PPKI SKPS iaitu Cikgu Rohani - Cikgu Susantih yang terpaksa menarik diri di saat - saat akhir ekoran masalah kecederaan. Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada mereka yang sememangnya diakui menunjukkan semangat juang dan semangat melawan yang hebat. Acara kategori lelaki akan berlangsung malam esok.

antara pemain yang bertanding demgan semangat kesukanan

pemanasan badan
jadual perlawanan dan keputusan
gandingan Cikgu Rayaniti (baju merah) dan Cikgu Hartuti ( Baju Putih )


Fokus..bergu Pn Farah dan Pn Maimon ( bertudung )

0 ulasan: