RSS

TERAPI BOWLING

Golden Bowl Ujana Kewangan, 21 Julai - Terapi Bowling berjalan lancar walaupun raut-raut wajah warga PPKI SK Pekan Satu masih dalam keadaan terkejut, sedih dan sayu mengenangkan pulangnya anakanda tersayang Puan Halifah Salim Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas SK Pekan Satu ke rahmatullah pada awal Subuh tadi.

Terapi Bowling yang dikelolakan pada hari ini mencapai objektif dan matlamatnya untuk mendedahkan murid kepada kemahiran bermain bowling. Semangat warga PPKI SK Pekan Satu jelas terpancar dengan kehadiran murid, guru dan ibubabapa seawal jam 7.00 pagi lagi walaupun Pusat Bowling ini hanya dibuka pada jam 9 pagi.

Acara dimulakan dengan mendaftar kehadiran murid, bacaan doa dan sesi senam robik. Setelah itu, sarapan pagi dimulai dan sesi taklimat ringkas daripada penyelaras aktiviti.

Terapi bowling kali ini membolehkan semua murid merasakan sendiri pengalaman bermain bowling. Acara pada terapi ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu pertandingan berpasukan yang terdiri daripada kalangan murid sendiri dan pertandingan bersama guru. Acara berakhir pada jam 1 petang.

0 ulasan: