RSS

TERAPI PASIR DAN AIR

Manikar Beach Resort, 14 Julai - Warga Program Pendidikan Khas Integrasi ( PPKI ) SK Pekan Satu telah berjaya melaksanakan terapi pasir dan air sempena Bulan Ko-Kurikulum Alternatif dan Pendidikan Luar Pendidikan Khas pada Rabu pagi. Aktiviti yang dikelolakan Unit Ko-Kurikulum PPKI SK Pekan Satu ini telah berjalan lancar dengan baik. Antara pengisian aktiviti yang bermula jam 7.30 pagi ini ialah senam robik, latihan kawad asas, membina istana pasir, menulis nama pada pasir, terapi renang dan latihan berpaut pada tali di air. Pelbagai gelagat dan ragam yang kelihatan daripada murid dan guru. Aktiviti ini juga menarik perhatian En Sufri Salim Ketua Unit Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran W.P Labuan yang turun padang mendekati permata-permata istemewa PPKI SK Pekan Satu.

0 ulasan: