GELANGGANG FUTSAL PERBADANAN LABUAN, 4 Ogos - Unit Ko-Kurukulum PPKI SK Pekan Satu W.P Labuan berjaya melaksanakan aktiviti Bulan Ko-Kurikulum Alternatif dan Pendidikan Luar Pendidikan Khas dengan jayanya. Aktiviti yang berlangsung pada Rabu pagi ialah terapi futsal. Walaupun mengikut rancangan awal, terapi Lawn Ball akan dilaksanakan pada hari yang sama, namun ia tidak dapat dilaksanakan kerana kekangan masa dan masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan pada saat-saat akhir. Walaubagaimanapun, ternyata terapi Futsal semalam benar-benar memberikan limpahan pengetahuan dan pengalaman berguna kepada warga PPKI SK Pekan Satu. Semangat berpasukan, keyakinan diri dan daya juang tinggi untuk menang telah dibuktikan. Terapi futsal kali ini dilaksanakan melalui pertandingan secara sistem menang-kalah dan pusingan kalah mati daripada aksi 8 pasukan keseluruhan. Setiap pasukan diwakili 4 murid dan seorang guru di mana guru tidak boleh menjaringkan gol. En Sufri Salim, Ketua Unit Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran W.P Labuan turut hadir bagi memeriahkan aktiviti dan memberikan sokongan moral kepada setiap pasukan bertanding. Dalam pertandingan ini, Kumpulan 5 telah memenangi juara keseluruhan.
0 ulasan:
Catat Ulasan