RSS

HARI KEUSAHAWANAN PPKI SKPS

SK Pekan Satu, 13 Okt - Hari Keusahawanan sempena Minggu Kemahiran Hidup PPKI SK Pekan Satu telah berlangsung pada Rabu pagi. Ternyata sambutan di luar dugaan dan hebat menyaksikan aktiviti ini berjalan dengan meriah. Murid-murid Pendidikan Khas sekolah ini telah membuktikan bahawa mereka mampu menjadi usahawan yang berjaya jika mendapat peluang, latihan dan pengalaman berguna seperti ini. Tinjauan kru wartawan blog PPKI SKPS mendapati hasil jualan berjaya dihabiskan hanya dalam tempoh sejam selepas gerai dibuka. Dianggarkan lebih 300 pengunjung terdiri daripada murid dan guru aliran perdana telah mengunjungi gerai Usahawan seperti cendera mata, makanan dan minuman.
gerai cendera mata dan hasil kraf tangan murid-murid PPKI SKPS
gerai jual air yang paling laku
berapa satu ni kak?
seringgit satu dik..
harga boleh runding ka?
mari beli mee
sesak dikunjungi pelanggan
antara guru aliran perdana yang turut memeriahkan suasana

0 ulasan: