RSS

Majlis Penutupan Minggu Budi Bahasa

PPKI SK Pekan Satu, 29 Okt - Majlis Penutupan Minggu Budi Bahasa PPKI SK Pekan Satu sedang berlangsung pada Jumaat pagi. Majlis ini telah dirasmikan oleh Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas SK Pekan Satu Puan Halifah Salim. Turut hadir memeriahkan acara ialah Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Guru Bimbingan dan Kaunseling Puan Kamsiah dan Guru Pemulihan Khas En Jaulih. Acara pada pagi ini dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, bacaan doa, penyampaian hadiah dan diakhiri jamuan ringan. Pengarah Aktiviti En Heidar Hussien merakamkan ucapan setinggi-tinggi ucapan terima kasih di atas kerjasama semua pihak yang menjayakan Minggu Budi Bahasa pada tahun 2010.
Penyampaian hadiah yang disempurnakan Puan Faridah Datuk Hj Zaini (Guru Penolong Kanan HEM)
Persembahan koir murid bertajuk Budi bahasa budaya kita dan 5 Prinsip Rukun negara


milik siapakah piala ini?

0 ulasan: