RSS

MTAQ penentuan juara keseluruhan

Setelah merangkul 6 emas ( 4 emas melalui acara Boling, 1 emas Futsal dan 1 emas Bola Jaring), Pertandingan Majlis Tilawah Al Quran(MTAQ) pendidikan khas peringkat W.P Labuan yang akan berlangsung pada Rabu ( 25 Mei 2011 )di SMK Lajau akan menentukan juara keseluruhan karnival Pendidikan Khas W.P Labuan 2011. Saingan terdekat iaitu PPKI SK Pantai setakat ini hanya mengutip 1 emas dan misi mereka amat sukar untuk membolot baki emas yang dipertandingkan kerana saingan paling sengit pasti berlaku dengan ancaman PPKI SK Rancha-Rancha yang akan berjuang habis-habisan mendapatkan emas pertama mereka.

0 ulasan: