PPKI S.K Pekan Satu, 11 Ogos- Aktiviti Minggu Kemahiran Hidup hari kedua penuh sarat dengan pertandingan mencipta Sajian Hidangan berdasarkan buah-buahan. Pelbagai hasil menarik ditunjukkan oleh anak didik serta bantuan guru. Kemuncak pertandingan ialah dengan penghakiman yang dinilai oleh Puan Zabidah Binti Karamin Guru Besar S.K Pekan Satu dan En Fahmi Pegawai Unit Data Jabatan Pelajaran W.P Labuan yang kebetulan berada di PPKI. Aktiviti hari kedua diakhiri dengan menjamu selera hasil ciptaan resepi tersebut.
0 ulasan:
Catat Ulasan