RSS

UNDANG BAHAYA

Dataran Perhimpunan S.K Pekan Satu, 10 Ogos- Seorang murid yang disahkan positif H1N1 dari S.K Pekan Dua yang sepatutnya dikuarantinkan di rumah didapati berada di sekitar sekolah atas alasan untuk mengambil adiknya yang mempunyai simptom H1N1 yang bersekolah di SK Pekan Satu seperti demam setelah dikesan guru di sini. Guru lain yang berada di sekitar tempat kejadian melaporkan murid perempuan berseluar oren yang disahkan positif itu dikatakan tidak memakai topeng penutup mulut. Mujur murid PPKI yang kebetulan baru beredar dari kantin memakai topeng tersebut sekurang-kurangnya dapat mencegah perkara yang tidak baik berlaku. Tinjauan penulis di lokasi berkenaan juga mendapati kehadiran sekumpulan pegawai perubatan yang lengkap beruniform melakukan pemeriksaan dan mengambil sampel ke atas beberapa orang murid SK Pekan Satu yang mempunyai simptom seperti demam panas dan selsema pada jam 9.00 pagi tadi.

0 ulasan: