PPKI SK PEKAN SATU, 21 Ogos - Majlis Pelancaran Jalur Gemilang gergasi telah dilaksanakan pada Jumaat bermula jam 10.00 pagi. Aturcara majlis dimulakan dengan penyerahan Jalur Gemilang daripada PPKI S.K Pekan Satu kepada Guru Besar. Setelah itu, Jalur Gemilang tersebut diarak di Dataran Perhimpunan sekolah dan dibawa ke aras 3 untuk dikibarkan. Terdahulu, upacara menandatangani daripada murid dan guru sebagai tanda sokongan terhadap gagasan 1Malaysia dilaksanakan. Pelbagai ucapan kemerdekaan dapat dilihat dalam aneka bahasa seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Dusun, Bahasa Kedayan, Bahasa Bisaya dan sebagainya
0 ulasan:
Catat Ulasan