RSS

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN

PPKI SK Pekan Satu, 19 Ogos - Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) sekolah telah dilancarkan oleh Yang Berusaha Guru Besar SK Pekan Satu Puan Zabidah Karamin pada Rabu bermula jam 10.00 Pagi. Upacara pelancaran dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Maju dan Sejahtera diikuti Bacaan Doa oleh Ustaz Rais. Kemuncak acara ialah pelaksanaan gimik perasmian oleh Puan Guru Besar seperti meniup dan memotong kek, menurunkan tandatangan pada plak perasmi, menjahit bendera gergasi dan nyanyian guru bersama murid Lagu Tanggal 31 Ogos, Jalur Gemilang dan Saya Anak Malaysia. Majlis turut diserikan dengan deklamasi puisi daripada murid Pendidikan Khas yang disampaikan oleh Adik Abdul Aziz Bin Jaafar yang bertajuk 1Malaysia. Turut hadir memeriahkan upacara pelancaran ialah kesemua Guru Penolong Kanan dan guru aliran perdana. Jamuan ringan mengakhiri majlis yang gemilang itu. Terdahulu sebelum pelancaran bermula, murid PPKI SK Pekan Satu termasuk murid Pemulihan Khas mengikuti pertandingan mewarna Jalur Gemilang dan Logo 1Malaysia serta tayangan video tentang Kemerdekaan antara jam 7.00 Pagi hingga jam 9 .00 Pagi.






0 ulasan: