SK Pekan Satu, 18 Ogos- Murid-murid Pendidikan Khas dan guru-guru yang diketuai Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas Puan Halifah Binti Salim telah mengadakan satu aktiviti gotong-royong mengutip sampah di sekitar sekolah. Ini merupakan salah satu aktiviti pengisian kemerdekaan sempena Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah bagi melahirkan warga Malaysia yang cintakan kebersihan alam sekitar. Selain itu, murid dan guru Pendidikan Khas juga membersihkan kawasan tempat Wudhu sekolah.
0 ulasan:
Catat Ulasan