Bilik Mesyuarat Penataran, 9 Mac - Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas Puan Halifah Binti Salim telah dilantik oleh Guru Besar untuk mengetuai Pentadbiran Dewan CUN sekolah di majlis Morning Prayer yang berlangsung pada Selasa pagi. Perlantikan ini merupakan satu penghormatan istemewa khususnya kepada guru-guru pendidikan khas sekolah ini yang telah menunjukkan peranan penting memajukan sekolah. Dewan CUN yang merupakan sebuah bangunan yang menjadi imej dan simbol sekolah pastinya akan melalui perubahan dan wajah yang baru dengan pentadbiran baru ini. Kita mengharapkan pengurusan dewan lebih sistematik dan mengambilkira semua aspek penting bagi pengurusan sesebuah dewan seperti keselamatan, kebersihan dan keceriaan. Semoga AJK yang akan dibentuk nanti yang mungkin majoritinya daripada staf pendidikan khas dapat menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab, dedikasi dan efektif.
0 ulasan:
Catat Ulasan