SK. Pekan 1, 06 Mac - Mesyuarat Agung PIBG SK. Pekan 1 telah berjaya dijalankan di Dewan C.U.N dengan kehadiran YB KOL (K) Datuk Hj. Yussof B. Hj. Mahal Ahli Parlimen Labuan sebagai perasmi. Mesyuarat ini turut dihadiri Pengarah Pelajaran W.P Labuan En. Mohd Zaki B. Mohd Yusof dan YDP PIBG En. Mohd Ali B. Mohd Bedram. Kehadiran ibu bapa dalam mesyuarat pada kali ini cukup memberangsangkan. Pelbagai isu dan usul yang dibahaskan sepanjang mesyuarat berlangsung. Cabutan bertuah turut diadakan dan 60 hadiah cabuatan bertuah telah diberikan kepada mereka yang bertuah pada hari tersebut. Mesyuarat yang bermula pukul 08.00 pagi telah berakhir pada pukul 01.30 tengah hari. Syabas dan tahniah diucapkan kepada guru-guru, AJK tertinggi PIBG dan ibu bapa di atas komitmen dan kerjasama dalam menjayakan mesyuarat pada kali ini.
0 ulasan:
Catat Ulasan